Description
Anak anak adalah amanah. Bukan ringan tanggungjawab yang harus digalas oleh kita yang diberi pangkat sebagai ibu bapa. Buku ini insya Allah mampu membimbing ibu bapa dan siapa yang bergelar pendidik untuk melihat jauh ke dalam. Bahawa tugas membesarkan anak bukan sekadar memberi makan pakai dan tempat tinggal. Ini adalah tugas yang diwariskan oleh Anbiya’ dalam melahirkan generasi Rabbani yang kukuh ikatannya dengan Tuhan namun sedar diri akan peranannya untuk memakmurkan bumi dalam mencipta semua peradaban Islam yang gemilang!
Buku ini ditulis untuk semua ibu bapa didunia ini. Muslim mahupun bukan Muslim. Memberikan dimensi baru dalam dunia keibubapaan. Memfokuskan kepada intipati sebenar peranan ibu bapa dalam melahirkan generasi baru yang segar keintelektualannya, dinamis ideologinya dan membumi peranannya sebagai hamba Tuhan dan Khalifah dibumi.